Rabu, 8 Disember 2010

HARGA BELAJAR MEMANDU DI ISMAN JB.

HARGA BELAJAR MEMANDU KERETA , Belum ada apa-apa lesen memandu - RM 890 , Dah ada lesen Motosikal ,belajar kereta - RM 760 , Untuk tambah kelas BFULL/Motorsikal besar - RM 650 .

Selasa, 28 April 2009

LATIHAN DI INSTITUT

Bakal-bakal pemandu perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran secara jelas terhadap tanda-tanda jalanraya dan cara memandu yang selamat. Untuk melengkapkannya, semua pengguna sepatutnya memahami konsep-konsep yang ada. Pemandu perlu memahami jarak berhenti yang selamat, jarak mengekori kenderaan, masa memberi isyarat, mengundur, meletak kenderaan dan sebagainya. Bagi pemandu, berbagai pengetahuan dan kemahiran perlu didedahkan, tetapi blog ini hanya akan menekankan terhadap aspek-aspek penting sahaja. Pemandu atau bakal-bakal pemandu sepatutnya telah diingatkan tentang persediaan awal sebelum memandu dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Mereka perlu memiliki lesen memandu berdasar katogeri kenderaan yang dipandu, kesihatan, kenderaan yang selamat untuk dipandu serta mematuhi aspek-aspek lain yang ditetapkan oleh undang-undang.

Isnin, 16 Februari 2009

Tip Belajar Memandu 1. Pendahuluan.

Sehingga kini tidak dapat di nafikan, Kemalangan maut lebih banyak melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal berbanding dengan kenderaan lain. Kemalangan bukan saja mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian terhadap masa dan harta benda tetapi juga membawa penderitaan terhadap keluarga yang terlibat. Anak-anak kehilangan ibu bapa, isteri kehilangan suami, majikan kehilangan pekerja dan begitulah sebaliknya. Kerugian dan juga kengsaraan ini sepatutnya boleh di hindarkan dengan semua pehak yang terlibat mengambil peranan masing-masing secara serius.

Blog ini yang tak seberapa akan cuba meliputi penelitian bagi keperluan calun-calun baru memahami perkara-perkara penting umumnya. Diharapkan dengan pemahaman secara menyeluruh, akan memberikan menafaat kepada bakal calun semasa menjalani ujian memandu.

Kini ..pusat-pusat latihan dalam institusi pemanduan berkembang dengan begitu mengalakkan. Berbagai-bagai institusi latihan memandu wujud untuk menyediakan latihan kepada bakal-bakal pemandu atau yang telah berpengalaman dalam memandu. Mereka yang telah memeliki lesen memandu pula ingin menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan untuk menjadi pemandu yang lebih cekap dan mahir.

Blog ini juga akan memuatkan beberapa perkara penting mengenai pengetahuan asas berkaitan latihan yang ditetapkan dan di iktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(mengikut modul yang ditetapkan) dari masa ke semasa, mengikut keperluan . Disamping itu mengingatkan situasi ketika ini, maka adalah juga perlu calun-calun diberikan panduan untuk memahami aspek-aspek yang di perlukan semasa mengikuti latihan. Dengan ini calun-calun terlibat dapat mengikuti latihan dengan memenuhi modul atau kurikulum yang ditetapkan.

Bagi menentukan blog ini memenuhi kehendak semua pengguna jalan raya dan calun memandu khususnya maka penekanan akan ditumpukan kepada aspek berikut: * Keperluan Sebelum Mendekati Latihan * Modul Latihan Dan Dokumen * Aspek-Aspek Latihan dan Pengujian * Pemandu Kompetan.

Diharapkan dengan mendekati blog ini ia akan dapat menjadikan panduan kepada calun-calun dan juga pengajar memandu dalam menentukan latihan yang disampaikan berkesan. Di samping itu calun-calun akan dapat memahami peringkat-peringkat latihan yang diperlukan.

Laman web yang yang menawarkan belajar memandu ,daftar on line

Jumaat, 13 Februari 2009

Tip Panduan Belajar Memandu.

Setiap seseorang inginkan memandu kenderaan samada bersendirian/berteman mengikut kemana arah tujuan yang dihajatinya. Oleh kerana itu kita mestilah boleh memandu kenderaan kemana-mana kita suka,samada pergi bekerja/balik,menziarah keluarga dan lain-lain keperluan. Untuk mencapai hajat itu , jika tak pandai memandu kita ada tip-tip pemanduan yang baik dan cepat pandai.

Pertama , anda hendaklah mengetahui undang-undang jalanraya. Kedua , anda hendaklah pandai mengerakkan kenderan ikut kemahuan kita. Ketiga , anda mestilah tau mangawal kenderaan dengan baik,mengelak halangan, mengenali halangan,pandai mensesuaikan diri bila keadaan sesak/jem , tau arah di tuju dan bertimbang rasa.

Semua itu penting untuk keselamatan jalanraya bersama. Kita selamat ,mereka pun selamat .