Selasa, 28 April 2009

LATIHAN DI INSTITUT

Bakal-bakal pemandu perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran secara jelas terhadap tanda-tanda jalanraya dan cara memandu yang selamat. Untuk melengkapkannya, semua pengguna sepatutnya memahami konsep-konsep yang ada. Pemandu perlu memahami jarak berhenti yang selamat, jarak mengekori kenderaan, masa memberi isyarat, mengundur, meletak kenderaan dan sebagainya. Bagi pemandu, berbagai pengetahuan dan kemahiran perlu didedahkan, tetapi blog ini hanya akan menekankan terhadap aspek-aspek penting sahaja. Pemandu atau bakal-bakal pemandu sepatutnya telah diingatkan tentang persediaan awal sebelum memandu dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Mereka perlu memiliki lesen memandu berdasar katogeri kenderaan yang dipandu, kesihatan, kenderaan yang selamat untuk dipandu serta mematuhi aspek-aspek lain yang ditetapkan oleh undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan